ADAB BERMUSAFIR

Galakan untuk bermusafir ini banyak dirakamkan di dalam al-Quran. Dunia ini ibarat satu hamparan yang sangat luas yang mesti dijelajahi oleh kita. Salah seorang ilmuwan islam yang terkenal, Ibnu Batutah, dikenali sebagai penjelajah hebat yang mengambil masa hampir 30 tahun untuk mengembara ke 44 buah negara. 


STANDARD KANDUNGAN

6.14 Merumus konsep adab bermusafir dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.


STANDARD PEMBELAJARAN

6.14.1 Menyatakan maksud adab bermusafir.

6.14.2 Menyatakan dalil naqli galakan bermusafir.

6.14.3 Menjelaskan hukum bermusafir.

6.14.4 Menerangkan adab – adab bermusafir.

6.14.5 Merumuskan hikmah mengamalkan adab bermusafir.

 6.14.6 Sentiasa berdoa dan bertawakkal ketika musafir secara beradab dan istiqamah.


Anak-anak, apakah maksud musafir ? Jom Ustazah jelaskan maksud musafir agar kita dapat memahami dengan jelas mengapa kita perlu beradab dalam bermusafir.


MAKSUD MUSAFIRMaksud musafir


Musafir bererti seorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM.

Anak-anak yang dikasihi, mari kita fahami tuntutan di sebalik ayat-ayat al-Quran di bawah.                    

DALIL NAQLI GALAKAN BERMUSAFIR
1. Surah Al-'Ankabut ayat 20 :

2. Surah ar-Ruum ayat 42

 
Anak-anak, berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, jelas kepada kita bahawa Allah menuntut kita untuk bermusafir, berkelana dan mengembara di serata bumi Allah ini. 

HUKUM BERMUSAFIR

Hukum bermusafir ini mengikut keadaan, tempat dan niat. Terdapat 5 hukum berkaitan dengan bermusafir : 
  • Wajib : apabila bermusafir untuk menunaikan kewajipan
  • Sunat : apabila bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat
  • Harus : apabila bermusafir untuk melakukan perkara harus
  • Makruh : apabila bermusafir untuk melakukan perkara yang sia-sia
  • Haram : apabila bermusafir untuk melakukan perkara yang haram


Contoh situasi dan hukum permusafiran :
  • Ahmad bermusafir ke England kerana mewakili negara dalam perlawanan bola sepak : Harus.
  • Encik Ismail dan isterinya bermusafir menunaikan haji : Wajib
  • Fatimah bermusafir bersama-sama dengan rakannya tanpa pengetahuan suaminya : Haram
  • Amsyar bermusafir ke Perak untuk menziarahi bapa saudaranya : Sunat
  • Syafiq memandu keretanya bermusafir tanpa tahu ke mana mahu dituju : Makruh
  • Siti pergi ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus kepimpinan yang diarah oleh majikannya : Wajib
Jadi berhati-hatilah dengan niat musafir kita, wahai anak-anak. Semoga permusafiran kita akan diganjari pahala dan dinaungi rahmat Allah. 

Mari teruskan dengan adab-adab bermusafir !


ADAB-ADAB BERMUSAFIR


  • Perjalanan dengan niat yang baik
Perjalanan kita menuju ke sesebuah destinasi itu juga mestilah dengan niat yang baik. Perkara ini juga memberi kesan kepada rukhsah (kemudahan) yang diberikan kepada para musafir, jika perjalanan tersebut adalah dengan niat yang baik, contohnya kemudahan solat jamak dan qasar.

  • Menyediakan bekalan dan persediaan yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Ini untuk memudahkan perjalanan musafir kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan perjalanan yang jauh. Persediaan daripada segi fizikal dan mental amatlah penting dan juga memeriksa keadaan kereta kita juga mestilah dititikberatkan supaya perjalanan kita terganggu.
  • Solat sunat musafir
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada anggota keluarga
Ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan hormat dan kasih sayang kita kepada keluarga. Malah, dengan memberitahu ke mana arah permusafiran kita, mereka akan tahu di mana kita berada jika terjadinya apa-apa perkara semasa di dalam perjalanan.
  • Melantik seorang ketua
Dalam Islam, kita tidak digalakkan bermusafir sendirian. Dari segi adabnya, jika bermusafir lebih daripada tiga orang, sunat bagi kita melantik seorang ketua bagi perjalanan tersebut. Ini adalah untuk memastikan keselamatan ahli kumpulan dan merancang keseluruhan perjalanan dengan lebih lancar
  • Tidak meninggalkan solat fardu & berusaha mematuhi peraturan
Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan menjaga solat dan pandangan bukan sahaja ketika bermusafir, tetapi juga pada bila-bila masa. Walau apa pun situasi dan di mana pun kita berada, akhlak kita haruslah dijaga dan musafir bukanlah tiket untuk kita meliarkan pandangan kita.
  • Membanyakkan doa

Berdoa supaya perjalanan dipermudahkan.Selain itu, orang yang bermusafir juga digalakkan mendoakan orang lain kerana doanya yang mustajab:

‎“Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.”

                                                                              (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri meminta orang yang bermusafir mendoakannya.

  • Segera kembali

Bersegera pulang kepada ahli keluarga agar tidak merisaukan mereka. 


Anak-anak, jangan letih tau. Mari kita teruskan sedikit lagi pembelajaran kita.

KELEBIHAN BERMUSAFIR

Ada 5 kelebihan bagi orang yang bermusafir seperti berikut :


RUKHSAH BAGI ORANG YANG BERMUSAFIR

Apakah maksud rukhsah? Ia adalah keringanan dan kemudahan yang diberikan Allah kepada hamba-Nya. Apakah rukhsah yang diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang bermusafir? 

  1. Diharuskan mengqasarkan solat fardu yang 4 rakaat
  2. Diharukan menjamakkan solat fardu
  3. Diharuskan berbuka puasa


HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERMUSAFIR




IMPLIKASI TIDAK BERADAB SEMASA BERMUSAFIR
  1. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.
  2. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan
  3. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama.
  4. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah.

Untuk pembelajaran lebih interaktif, boleh layari di pautan berikut : 

Dapatkan jua contoh jawapan soalan KBAT berkaitan dengan Adab Bermusafir di pautan berikut :

HIMPUNAN SOALAN KBAT BERKAITAN ADAB BERMUSAFIR

 In sya Allah Ustazah kongsikan contoh-contoh soalan KBAT dan jawapannya serta beberapa soal jawab dan hukum berkaitan ADAB BERMUSAFIR - Pendidikan Islam Tingkatan 3.


Solat tidak boleh diabaikan walaupun bermusafir.

 Berikan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas.

Contoh jawapan :

Tidak ada alasan bagi orang bermusafir untuk meninggalkan solat (I) kerana Allah telah memberi rukhsah kepada orang bermusafir untuk mengerjakan solat secara jamak dan qasar.(H) Rukhsah ini jelas menunjukkan bahawa Allah amat kasih kepada hamba-Nya.(HL) Oleh itu, kita hendaklah menjaga adab ketika bermusafir terutama tentang ibadah solat agar hidup diberkati Allah SWT.(K) 



FLIPPED CLASSROOM SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN

 Pembelajaran hari ini berbentuk Flipped Classroom berkaitan SOLAT JUMAAT.  Apa yang anda perlu buat ? 


Dari tontonan video tersebut sila nyatakan rukun solat jumaat, kaifiah atau cara pelaksanaan solat Jumaat dan ringkaskan isi kandungan khutbah jumaat

  • Baca tentang soal jawab dan fatwa berkaitan solat jumaat di link berikut: 

             a)  hukum solat jumaat semasa pandemik covid19 

             b) hukum melaksanakan solat jumaat di tanah lapang